Monday, September 28, 2015

its been a while

lama oumiey tak menulis... starting my 5th pregnancy until now. well actually today I've got that courage to write after struggling for a while. a happy mother with 4 kids is a blessing.

Friday, January 11, 2013

ARTIKEL : Sempena Hari Ibu Sedunia

Sakit, Tua Dan Tak Berguna.

Aminah merenung kosong, riak wajahnya tampak seribu kepiluan. Dia memerhatikan sekeliling, tidak satu kelibat yang lalu-lalang dihadapan itu adalah anak-anak yang dibelanya. Dia melihat kebawah, kelihatan peha kirinyanya yang berbungkus simen. Tulang peha kirinya patah kerana terjatuh ketika hendak berwuduk. Tiba-tiba bahunya disapa lembut, “Assalamualaikum, dari pagi tadi saya tengok makcik duduk sini, tunggu siapa?”. Jururawat yang bertugas di wad hospital berkenaan telah mencetus manik-manik halus yang lantas menuruni pipi tuanya. “Anak-anak”, jawab Aminah lemah. Walaupun telah berkali-kali dihubungi, namun belum ada sesiapa yang berkesempatan mengambil ibu tua yang sakit itu. Aminah memahami yang mereka sibuk, tak sempat dan tidak ada masa untuk menjemputnya di hospital. Senyuman pahit diukir dibibir, mencerminkan kesedihan dihatinya. Perlahan dia berkata, “jangan sia-siakan mak ayah misi ye”. Perlahan-lahan dikayuhnya kerusi roda itu. sambil hatinya berkata; “sampai hati anak-anak ku. Aku sedar siapa aku. Aku sakit.. tua.. dan sudah tidak berguna kepada kamu lagi..”. Aminah berlalu meninggalkan jururawat yang menegurnya tadi termanggu.

 Terlalu banyak kes pembuangan bayi yang kita dengar berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia. Malah, fenomena ini bukan hanya berlaku setakat itu sahaja. Kes pembuangan ibu-bapa telah perlahan-lahan menular dalam masyarakat. Kita pernah dikejutkan dengan kes seorang ibu tua dan lumpuh yang ditinggalkan dihotel badjet oleh anaknya sendiri. Anak jenis apakah ini yang sanggup melakukan demikian rupa? Siapakah yang sungguh tidak berhati perut membuang ibunya sendiri?

 Cuba kita renung, fikir dan kenalpasti apakah yang mendorong anak-anak bertindak sedemikian? Adakah kerana semasa kecil dahulu mereka telah diabaikan oleh ibu dan ayah? Atau semasa kecil, anak-anak ini talah didera oleh ibu bapa mereka. Kesibukan ibu dan ayah menjadikan mereka terpinggir dan tidak dipedulikan. Maka apabila dewasa, dan ibu serta ayah sudah tidak berdaya, inilah masanya untuk membalas dendam. Inilah peluang keemasan bagi mereka untuk menunjukan protes. Inilah saatnya untuk menyuarakan kekecewaan mereka dengan tindakan-tindakan yang dengan sengaja menyakiti ibu dan ayah. Perlakuan anak yang bagaikan kacang lupakan kulit sangat menjengkelkan.

Fikirkan tentang perasaan ibu yang disakiti hatinya. Susah payah si ibu mengandungkan dan melahirkan, menjaga serta mendidik anak-anak untuk menjadi seorang insan. Anak-anak adalah anugerah oleh Allah kepada sesebuah keluarga. Tanpa ibu dan ayah, kita tidak wujud didunia ini. Pengorbanan yang tidak terhingga oleh keduanya tidak akan mampu untuk dibayar dengan wang ringgit. Anak-anak kecil, yang melakukan kesilapan boleh dipukul untuk mengajarnya. Bagaimana pula anak-anak yang telah dewasa? Wajarkah dipukul dan dirotan?.

Doa seorang ibu tidak ada hijab antara Allah S.W.T., Allah maha berkuasa untuk memakbulkan sesuatu doa tidak kira baik atau tidak baik. Itulah satu-satunya ibu yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita. Tidak akan wujud kasih sayang yang agung, selain dari kasih ibu kepada anaknya. Bersempena hari ibu yang bakal diraikan diseluruh dunia pada 12 May 2013, ingati dan hargai pengorbanan ibu. Kita mohon doa serta restu kedua orang tua demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Cebisan kisah Aminah adalah kisah benar yang berlaku dalam masyarakat kita. Semoga nasibnya terbela dan bertambah baik. Hidup bagaikan roda, ada masa kita diatas dan ada masanya kita dibawah. Dunia hanyalah pinjaman, manfaatkanlah segala kesempatan yang ada.

 Oleh : oumiey **terpanggil untuk menulis, sekadar kepuasan untuk diri sendiri**

Saturday, August 6, 2011

oumiey & vaccum

dapat hadiah birthday daripada suami tercinta... cer teka.. cer teka.. huhuhu vacum.... (supaya lebih rajin lagi dan bersemangat)

Tuesday, July 12, 2011

kenapa baby?

sakinya perut umi ni... baby asyik mengeras je dari tadi. sesak nafas dibuatnya. takpelah sabar aje.. lagi 3 bulan sahaja lagi.. insyaAllah dipermudakan segalanya.

Friday, April 1, 2011

i'm pregnent

sukanya hati oumiey & hubby bila dpt tau UPT test positive... hahahaha.. syukur Alhamdulillah... gumbira... moga2 kali i dapat anak lelaki pula. Amin...