Saturday, August 6, 2011

oumiey & vaccum

dapat hadiah birthday daripada suami tercinta... cer teka.. cer teka.. huhuhu vacum.... (supaya lebih rajin lagi dan bersemangat)

Tuesday, July 12, 2011

kenapa baby?

sakinya perut umi ni... baby asyik mengeras je dari tadi. sesak nafas dibuatnya. takpelah sabar aje.. lagi 3 bulan sahaja lagi.. insyaAllah dipermudakan segalanya.

Friday, April 1, 2011

i'm pregnent

sukanya hati oumiey & hubby bila dpt tau UPT test positive... hahahaha.. syukur Alhamdulillah... gumbira... moga2 kali i dapat anak lelaki pula. Amin...

Thursday, March 3, 2011

saya tidak gagal.. cuma belum berjaya

bila umur dah tambah banyak nombornya... kesedaran untuk pastikan badan sihat makin tinggi. omiey hari tu beriya2 nak diet la kunun... tapi masa gi holiday ngan family, berkecai la diet plan oumiey... hadoi... payah gak la nak start balik... dlm perut ni macam ada budak kecik je... sbb sakit pinggang macam nak patah. sabor je lah.. okay lah... anak2 oumiey. nanti kalau najat & huda ada baby sendiri, tau la apa yg oumiey maksudkan. salam sayang untuk kamu berdua dan salam cinta untuk ayang.

Friday, February 25, 2011

happy birthday mirza najat

dah cukup 3 tahun anak oumiey yg sulung. maknanya dah semakin tua dah rupanya... tak sedar2 lagi. gembira dgn keletah anak2, walaupun badan penat tapi yang penting hidup tak sunyi. oumiey & ayah doakan najat akan menjadi anak yang solehah, tetap iman kepada agama Allah s.w.t. dan mencintai Rasulallah serta anak yang berbakti kepada kedua org tuanya.. Amin Ya Rabbal Alamin..

Monday, February 21, 2011

dedikasi untuk ibu ku

ibu,
akak berdoa agar ibu sentiasa sihat & gembira.
akak mohon doa restu ibu...
agar hidup akak gembira dan berbahagia disamping keluarga.
ibu tak tau akak nak balas budi dan jasa ibu,
susah payah & penat lelah jaga akak dr dlm perut sampai lah dah besar.
skrg akak pun dah ada anak sendiri, bkn mudah...
apa2 pun akak gembira ada ibu yg sgt memahami akak.
apa yg mampu akak buat ialah mendoakan kesejahteraan ibu sentiasa.
akak minta ampun ibu,atas segala dosa... samaada sedar atau tidak
doakan akak ye bu...

Wednesday, February 2, 2011

nak kurus

oumiey mmg nak kurus... bkn kurus kering, tapi ada shape la. biar sihat dan tak berpenyakit. maklumlah skrg ni.. macam2 penyakit menjangkiti kita... harap2 oumiey kuat semangat dan segala doa dan harapan dimakbulkan Allah. Amin...

Friday, January 28, 2011

goodbye my friends

dah hampir 2 minggu kak lin & faa transfer ke tempat masing2. sedih jugak rasanya, sebab selama ni diorang banyak mengajar cara yang betul untuk buat sesuatu perkara (kerja). kak lin banyak contact, dah tu power bab accounting... faa pulak perfectionist, sume keje kena detail & lengkap. oumiey pun pelik kenapa ramai orang tak suka kat diorang ni. tapi, perdulikanlah mereka, yang penting oumiey tahu.. kak lin & faa adalah kawan yang baik.. susah & senang sama2 kongsi. ~terima kasih kak lin, terima kasih faa.. you both were my bosom buddies

Tuesday, January 4, 2011

Happy Birthday Aiman Huda

Hari ni b'day huda.. tapi kasihan tak sihat... semoga jadi anak yang solehah.. patuh pada hukum Allah, taat pada rasul, barbakti kpd kedua org tua mu.. dan menjadi insan yang bertakwa.. Amin.. ayah & umi senantiasa mendoakan kamu berdua ~ Mirza Najat & Aiman Huda